Jawapan ; Bukan ayat, itu daripada Hadis. Sekali baca Sayyidul Istighfar sama macam baca 10 ribu kali 'Astaghfirullahhala'dzim' ...UAI
KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANNYA :
مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ ، قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ ، وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ )
Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( riwayat Imam al-Bukhari ).
Terdapat
banyak kelebihan istighfar jika amalan ini dilakukan secara istiqamah
dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Antara kelebihannya adalah:
1.
Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya
daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira
banyaknya.
2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.
3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya,
kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,nescaya ia akan mendapati Tuhan
itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)
4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka beristigfar. (Al Anfal: 33)
5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong
jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau
di akhirat .
6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang
ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 :
232-235)
Wallahhua'lam