jom like facebook DOSM Penang

Friday 26 September 2014

Unit GIS Seksyen Rangka dan Pemetaan

Tugas aku di JP Penang di Seksyen Rangka dan Pemetaan (Unit GIS)
Unit GIS amat mencabar kerana aku bukan ada pengalaman dalam teknologi ni. SPM je..
semua benda baru. kena belajar satu persatu.
Buku dan manual yg dibekalkan hanya sebagai panduan.

          
Bermula dengan perisian ArcGis 9.2 kemudian upgrade ke ArcGis 9.3
tidak lama kemudian ArcGis 9.3.1
Belum sempat nak faham tentang penggunaannya disebabkan kekurangan latihan,
kena upgrade pulak ke perisian ArcGis 10.1
Begitu cepat teknologi GIS nie berkembang sepantas itu jgk maklumat sampai.


Maklumat Korporat Jabatan Perangkaan Malaysia

Latar Belakang
Jabatan Perangkaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1949 di bawah peruntukan Ordinan Statistik 1949 dan dikenali sebagai Biro Statistik. Perangkaan yang dihasilkan pada masa itu terhad hanya kepada data perdagangan luar negeri dan pertanian ladang.
Pada tahun 1965, Biro Statistik telah bertukar nama kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan beroperasi di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965. Fungsi dan peranan Jabatan seterusnya telah berkembang di mana data/maklumat yang dikumpul semakin meluas merangkumi bidang ekonomi dan juga sosial.
Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi utama kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang diamanah dan dipertanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara.
Jabatan Perangkaan Malaysia yang beribu pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya juga mempunyai pejabat di setiap negeri. Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengumpulan data oleh Jabatan Perangkaan Negeri, Pejabat-pejabat Operasi di beberapa buah negeri telah diwujudkan.
Peranan
Sebagai agensi utama dalam bidang perangkaan ke arah sistem maklumat yang bermutu, berorientasikan pengguna dan bertepatan masa, untuk pembentukan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
Fungsi Jabatan
Di bawah "Statistics Act 1965 (Revised - 1989)", fungsi utama Jabatan Perangkaan Malaysia ialah :
  • mengumpul dan mentafsirkan perangkaan bagi tujuan pembentukan atau pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dalam apa juga bidang yang diperlukan oleh kerajaan atau bagi memenuhi keperluan-keperluan perdagangan, perniagaan, perindustrian, pertanian atau lain-lain
  • menyebar perangkaan yang telah dikumpul atau tafsiran yang dibuat atas perangkaan yang dikumpul itu, bukan sahaja kepada agensi-agensi kerajaan, tetapi juga kepada pihak-pihak berkuasa atau orang-orang yang mana maklumat itu berguna untuk mereka

Visi
Menjadi Sebuah Organisasi Statistik Yang Terbilang Di Dunia Menjelang 2020.
Misi
Penjana Statistik Negara yang Berintegriti dan Reliable
Objektif
  • Mengukuh dan meningkatkan perkhidmatan statistik serta sistem penyampaian;
  • Memenuhi keperluan pengguna dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar;
  • Meningkatkan keupayaan penyelidikan dan analisis data;
  • Menggunakan metodologi statistik dan teknologi yang terbaik secara maksimum;
  • Memupuk budaya inovasi dalam penghasilan dan penyampaian produk dan perkhidmatan perangkaan;
  • Mempunyai sumber manusia yang kompeten dengan tahap profesionalisme yang tinggi; dan
  • Memperluaskan penggunaan statistik di kalangan pengguna.
Nilai Teras
Dalam merealisasikan visi, misi dan objektif JP, semua anggota JP perlu menghayati dan mengamalkan nilai-nilai teras seperti berikut:
(i)  Kepuasan Pelanggan
Memberikan layanan yang mesra dan profesional kepada pengguna perangkaan. Sentiasa peka dan prihatin kepada keperluan pelanggan dalam persekitaran yang dinamik.
(ii) Profesionalisme
Mengamalkan profesionalisme dalam melaksanakan tugas dengan mempunyai komitmen yang tinggi, bertanggungjawab dan gigih, memiliki ciri-ciri bijaksana, kreatif, inovatif, berdaya saing dan proaktif serta bertindak berdasarkan amalan statistik terbaik.
(iii) Kompeten
Mengutamakan kompetensi dengan sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk mencapaikualiti kerja terbaik, mempelajari pelbagai kemahiran bagi membuat pelbagai tugas, peka terhadap perubahan semasa, berdisiplin, kerohanian dan berdedikasi terhadap kerja serta pembelajaran berterusan.
(iv) Integriti dan Akauntabiliti
Melaksanakan tugas dengan penuh amanah, ikhlas dan jujur mengikut peraturan dan prosedur kerja tanpa kepentingan peribadi, memastikan kerahsiaan maklumat individu responden dan bertanggungjawab terhadap tugas yang dilaksanakan.

(v) Semangat Berpasukan
Bertindak ke arah merealisasikan visi, misi dan objektif Jabatan dengan penglibatan semua anggota sebagai satu pasukan.
(vi) Berhemah dan Berwibawa
Mempamerkan sifat-sifat terpuji seperti adil dan saksama, bertimbang rasa, mesra, sabar, tegas dan konsisten dalam membuat keputusan, dapat menyesuaikan diri dalam semua situasi, bersedia mendengar pandangan dan teguran, dan sentiasa berketerampilan dan berbudi bahasa.
Piagam Pelanggan
 Kami komited untuk menyedia dan membekal maklumat perangkaan yang berkualiti, berorientasi pengguna dan bertepatan masa berdasarkan keperluan:
1.
Special Data Dissemination Standard (SDDS) .
2.
Data yang diterbitkan disediakan dalam tempoh satu hingga dua hari bekerja.
3.
Data yang tidak diterbitkan:
a.Data yang dipetik (extract) dari penjadualan komputer yang tersedia, disediakan dalam tempoh tiga hingga lima hari bekerja.
b.Data yang memerlukan pengiraan, penyusunan dan prosesan tambahan disediakan dalam tempoh dua hingga 10 hari bekerja.
4.
Pengguna di kaunter akan dilayan dalam tempoh 10 minit daripada masa ketibaan.
5.
Aduan yang diterima melalui surat/ e-mel/ faks/ telefon akan diambil tindakan dalam masa tujuh hari bekerja.
Dasar Kualiti
Jabatan Perangkaan Malaysia komited untuk membekalkan maklumat dan perkhidmatan statistik yang berorientasikan pengguna, bertepatan masa dan berkualiti. Ia dicapai melalui penggunaan teknik statistik dan teknologi yang terkini dan sesuai serta melalui peningkatan pengetahuan dan kemahiran anggota Jabatan di pelbagai peringkat secara berterusan.

Penerangan Logo Jabatan Perangkaan Malaysia
Secara keseluruhan, logo ini membawa maksud hala tuju Jabatan untuk menjadi sebuah organisasi statistik yang terbilang di dunia.
  • Bulatan - menggambarkan kesepakatan anggota Jabatan dalam mencapai visi dan misi.
  • Garisan grid putih - menunjukkan jaringan hubungan kerjasama yang global.
  • Anak panah – menunjukkan perkembangan pesat Jabatan sejak penubuhannya. Ia turut menggambarkan peranan Jabatan serta kualiti data yang semakin meningkat seiring dengan kehendak pengguna.
  • Warna merah - menggambarkan ketegasan Jabatan dalam menjaga kerahsiaan maklumat responden.
  • Warna jingga (oren) - Energetic, bersemangat dalam menjalankan tugas. Berani menyahut cabaran untuk setanding dengan Agensi Perangkaan lain di dunia.




Penyiasatan Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) dan Kemudahan Asas 2014


Penyiasatan ini bermula Januari 2014 hingga Disember 2014 meliputi isi rumah yang tinggal di tempat kediaman (TK) persendirian yang melibatkan 83,456 isi rumah di seluruh negara.

Objektif
   Objektif utama penyiasatan ini adalah untuk mengumpul maklumat pola taburan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah,mengenal pasti golongan miskin dan mengenal pasti tahap kemudahan asas yang dinikmati oleh isi rumah di Malaysia.
Data pendapatan ini akan digunakan oleh Kerajaan sebagai input dalam pembentukan pelan pembangunan negara terutamanya bagi penyediaan Rancangan Malaysia ke-11. Manakala data perbelanjaan digunakan dalam pengiraan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) yang merupakan proksi kepada pengukuran kadar inflasi Negara.
   Seiring dengan matlamat dan tujuan, data HIES ini amat penting kepada kerajaan dan agensi berkaitan dalam perancangan, pembangunan dan penggubalan dasar dan polisi Negara terutama dalam program pembasmian kemiskinan dan agihan pendapatan yang lebih menyeluruh.  Selain daripada itu, data HIES merupakan item asas dalam pembentukan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) makanan dan penentuan golongan miskin dan miskin tegar, seterusnya digunakan sebagai input kepada analisis taburan pendapatan dan perbelanjaan berkaitan dengan aktiviti ekonomi, pekerjaan dan sebagainya.

Kaedah Pengumpulan Data
   Pengumpulan data yang dijalankan adalah dengan menggunakan kaedah temu ramah bersemuka.  Pegawai dan anggota Jabatan yang terlibat dalam penyiasatan ini diberikan latihan khusus sebagai penemu ramah. Mereka akan melawat isi rumah (IR) di TK terpilih bagi mengumpul maklumat berkaitan demografi, pendapatan, perbelanjaan dan kemudahan asas dengan menggunakan borang soal selidik berkenaan.

Terdapat 3 jenis borang soal selidik yang digunakan iaitu;
1.   Penyiasatan Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2014 (HIES)
2.   Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2014 (HIS/KA)
3.   Rekod Perbelanjaan Harian Isi Rumah (HES-2)

Pelaksanaan Operasi Pungutan Data
   Untuk tempoh satu bulan, anggota isi rumah yang berusia 15 tahun dan ke atas dikehendaki merekodkan perbelanjaan harian dan biasa mereka dalam diari yang direka khas (HES-2).  Dalam tempoh satu bulan tersebut, pegawai-pegawai kerja luar akan melawat isi rumah terpilih untuk membantu dalam merekodkan perbelanjaan mereka.
   Penyiasatan ini meliputi isi rumah yang tinggal di tempat kediaman persendirian sahaja.  Isi rumah institusi iaitu individu yang tinggal di asrama, hotel, hospital, rumah orang tua, berek tentera dan polis, penjara, rumah kebajikan dan institusi lain adalah dikecualikan daripada liputan penyiasatan.
                         

Kerjasama Sepenuhnya Diharapkan
   Sehingga Mei 2014, kerjasama rakyat terhadap penyiasatan ini amatlah baik dengan penerimaan maklum balas adalah sebanyak 98.9% iaitu 34,673 daripada 35,076 isi rumah terpilih.  Jabatan Perangkaan Malaysia berharap isi rumah yang terpilih dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai-pegawai jabatan yang berkunjung ke TK responden yang terpilih.
   Maklumat yang dikumpul mengikut peruntukan di bawah Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989).
Seksyen 5 dibawah Akta ini menghendaki mana-mana responden di Malaysia untuk memberikan maklumat sebenar atau anggaran terbaik kepada Jabatan.  Mengikut Akta ini, kandungan soal selidik yang diterima adalah SULIT dan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini.

Berita Harian,12 Oktober 2014



Banci dan Penyiasatan (Census and Survey)

Banci
Penyiasatan
Banci/Penyiasatan yg dijalankan

Penyiasatan Tenaga Buruh (PTB) 2012
Objektif utama PTB dijalankan ialah untuk mengumpul maklumat berkaitan struktur dan taburan tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran. Di samping memberikan anggaran di peringkat nasional dan negeri, penyiasatan ini juga menyediakan data yang berguna secara berasingan bagi kawasan bandar dan luar bandar. PTB meliputi kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar bagi semua negeri di Malaysia. Pengumpulan data dilakukan menggunakan pendekatan isi rumah. Semua ahli biasa isi rumah dalam tempat kediaman yang terpilih ditemu ramah bagi mendapatkan butir-butir demografi. Maklumat tenaga buruh pula dikumpulkan bagi ahli isi rumah yang berumur 15 tahun dan lebih. Selaras dengan keperluan pengguna bagi indikator yang terkini, PTB secara bulanan mula dilaksanakan sejak Januari 2004 bagi mengeluarkan indikator di peringkat nasional secara bulanan.

Penyiasatan Migrasi 2012

Penyiasatan Migrasi dijalankan serentak dengan PTB dan meliputi penduduk penyiasatan yang sama iaitu kawasan bandar dan luar bandar bagi semua negeri di Malaysia. Populasi Penyiasatan terdiri daripada penduduk yang berumur satu tahun dan lebih yang tinggal di tempat kediaman persendirian terpilih. Objektif utama Penyiasatan Migrasi ialah untuk memberikan anggaran pergerakan dan arah aliran penduduk di peringkat negeri. Selain itu, penyiasatan ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri sosio ekonomi migran dan bukan migran seperti umur, jantina, guna tenaga dan jenis pekerjaan di tempat destinasi. Skop data migrasi dalam penyiasatan terhad kepada migrasi tempoh tetap. Responden penyiasatan ini ditanya mengenai tempat tinggal biasa pada dua tarikh tertentu di mana tempoh di antara kedua tarikh tersebut genap setahun. Pertukaran lokaliti tempat tinggal biasa antara dua titik masa ini dianggap migrasi.

Penyiasatan Gaji dan Upah 
Penyiasatan Gaji dan Upah dijalankan menggunakan pendekatan isi rumah melalui Penyiasatan Tenaga Buruh. Maklumat gaji dan upah yang diperoleh daripada penyiasatan ini ialah maklumat kadar upah (wage rate) yang digunakan untuk mengukur wage differentials dan gender wage gap. Maklumat gaji dan upah hanya dipungut daripada responden yang berumur 15 tahun dan lebih yang status pekerjaannya adalah “Pekerja Kerajaan” atau “Pekerja Swasta”. Penyiasatan ini dijalankan pada bulan Januari hingga Jun dengan tempoh rujukan ialah bulan sebelum bulan penyiasatan.

Penyiasatan Intergrasi Nasional 2011
Penyiasatan Integriti Nasional (PIN) telah dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) mulai tahun 2007 yang meliputi tiga (3) kumpulan sasaran iaitu Isi Rumah, Pertubuhan Ekonomi dan Penjawat Awam. Penyiasatan ini menggunakan kaedah temu ramah bersemuka sebagai instrumen untuk mendapatkan data. Input daripada penyiasatan ini digunakan untuk membangunkan indeks komposit iaitu Indeks Integriti Nasional yang mengandungi enam (6) sub-indeks iaitu Indeks Persepsi Rasuah Malaysia, Indeks Persepsi Kualiti Penyampaian Khidmat Awam, Indeks Persepsi Amalan Etika Perniagaan dan Tanggungjawab Sosial, Indeks Persepsi Kemantapan Institusi Keluarga dan Komuniti, Indeks Persepsi Kualiti Hidup dan Kesejahteraan Masyarakat dan Indeks Persepsi Budi Bahasa Malaysia. Penyiasatan tahun ini turut mengambil kira elemen Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Gagasan 1Malaysia.

http://statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/employment/2014/LF_Julai_2014BM.pdf

Wednesday 24 September 2014

Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Pulau Pinang_update

Setelah melalui macam2 kerenah dengan bos lama akhirnya dpt bos baru..perempuan pulak..
Kali ni org Johor baru lepas pantang..kecik je..tp tegas orangnya..rupa2nya bos aku ni Pn Eza namanya..sama tarikh lahir dgn aku.tahun pun sama..sebaya la..kira 'kembaq' aku la..tp lain mak bapak..hehehehe..setakat hari ni..bos ni ok..walaupn sebaya,,aku hormat dia sbg bos..
Puan Ezatul Nisha bt Abdul Rahman


Bos ni dah bercuti sebab sambung belajar..
La ni ada bos baru, orang Perlis..dekat ler kampung dia..
Puan NorFariza Hanim binti Kasim..perempuan jugak la..

Kerjaya baru di Jabatan Perangkaan Penang

 logo lama jabatan perangkaan
Aku mula kenal Jabatan Perangkaan M'sia ni pd tahun 2005. Masa tu aku dpt kerja sebagai pembantu perangkaan sambilan masa Banci Pertanian. Ramai sungguh staff sambilan masa tu ada dekat 160 org..pejabat operasi kt Tmn Ciku,BM sebelah Balai Polis BM..setelah hampir 2 tahun kerja sambilan aku dpt tawaran kerja tetap tahun Nov 2007..bkn senang nk dpt..kena temuduga la..dlm ramai2 yg temuduga hanya 5 staff sambilan yg dpt..Alhamdulillah..byk cabaran dan liku-yg aku lalui semasa jadi Pembantu Perangkaan ni..selalu kena p rumah ke rumah..interview org..tanya itu ini..masuk kampung,keluar kampung,masuk taman,keluar taman,masuk hutan..kena keluar la..xkn nk dok dlm hutan tu..bab kena ligan dengan anjing tu biasa la..dah kerja kt perangkaan ni kena lalui semua tu. tp kerja rutin aku dok kt opis..buat kerja GIS..best kerja ni..aku lagi suka dok opis drpd pi field work..
 logo baru jabatan perangkaan

Logo 5S Jabatan Perangkaan Malaysia Pulau Pinang

Tahun 2012 ,kira penting jgk sebab mulanya 5S..sblm ni dah ada plan tp xjln..lgpun dah dpt arahan..kena la buat..dok target thun depan 2013 blh dpt sijil 5S. insyaallah boleh, berkat kerjasama semua rakan2 aku..
Aku selalu ja kena jadi AJK..xkira la apapun..selalu kena..xtau la. dah la jadi AJK Kelab Sukan...dlm 5s pun kena jugak jadi AJK latihan...mungkin pasai aku rajin kot..hehe..xpa la..aku terima ja..buat sebaik mungkin..
Nk buat 5S ni kena la ada logo kan..aku pun amik la bahagian..tu pun last minit ja..aku buat 2 logo..tp aku letak nama kawan aku sorg lagi...kot2 dia menang..tumpang seronok la..masuk ni pun xpikiaq menang..suka2 saja..

Tp nk jadi story..dua2 logo yg aku buat tu menang weh..laa...nk gelak plak...Alhamdulillah..dpt jgk sijil dan plak..xdk duit la..xpa..yg penting enjoy..kawan aku pun dpt jgk ..mula2 ramai xtau..lama2 dah bagitau yg dua2 tu rekaan aku..xla bangga sgt pun..aku ikhlas la..apapun terima kasih di atas ucapan yg diberikan..
Tu logo yg 'kami' buat..cantik kan? cantikkkk!!!! kalu masuk bertanding antara negeri mesti menang nih..heheeeh...konpiden..