Baru-baru ini aku mengambil kesempatan untuk menghadiri kursus QGIS di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) memandangkan jabatan bakal menggunakan satu lagi aplikasi GIS selain ArcGIS.
Kursus ini memberi penekanan awal untuk mengenali Open Source GIS ini yang kini semakin mendapat tempat dan meluas digunakan pakai di pelbagai peringkat awam ,swasta,IPT dan juga orang perseorangan.
Antara isi kandungan kursus adalah ;
-Pengenalan, Konsep GIS dan Open Source
-Geometri dan Attribut
-Sistem Rujukan Koordinat (CRS)
-Simbologi dan Label
-Selection and Query
Setiap sesi ada latihan yang menguji pemahaman dan memudahkan peserta mahir menggunakan fungsi asas. Tenaga pengajar pun mahir dari PlanMalaysia atau yang dulunya Jabatan Perancang Bandar dan Desa.
Semoga aku dapat memanfaatkan maklumat yang berguna ini dalam tugsan seharian.
Showing posts with label GIS. Show all posts
Showing posts with label GIS. Show all posts
Sunday, 2 April 2017
Wednesday, 1 March 2017
Pembangunan E Atlas Sosial
e-Atlas Sosial merupakan aplikasi secara web based GIS yang bertujuan untuk memaparkan tema data di pelbagai peringkat geografi bagi memenuhi keperluan pengguna. Dibangunkan oleh Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi (BPPD) Jabatan Perangkaan Malaysia.
Aplikasi ini dibangunkan berdasarkan 7 tema data utama iaitu;
kependudukan, perangkaan penting, pendapatan isi rumah, guna tenaga, fasiliti kesihatan & pendidikan serta perdagangan edaran.Aplikasi ini adalah sebahagian daripada inisiatif Jabatan untuk mempelbagaikan kaedah dalam penyampaian statistik kepada masyarakat umum dan selaras dengan usaha Kerajaan untuk mempertingkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat.
Capaian e-Atlas Sosial ini boleh diakses melalui pautan berikut:
http://bit.ly/2lVvg5A
Sebarang komen atau maklumbalas amat dialu-alukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)



