jom like facebook DOSM Penang
Showing posts with label #DOSMPenang. Show all posts
Showing posts with label #DOSMPenang. Show all posts

Saturday, 24 February 2018

Gerak Kerja Seksyen Operasi

Operasi kerja luar Survei Tenaga Buruh/Gaji Dan Upah/Migrasi 2018 oleh kakitangan Seksyen Isi Rumah Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Pulau Pinang (DOSM Penang). Tujuan utama survei ini adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan struktur dan taburan tenaga buruh, guna tenaga, pengangguran, gaji & upah serta migrasi penduduk.
Statistik yang dihasilkan daripada survei ini akan digunakan sebagai input dalam membuat dasar dan perancangan pembangunan negara. Setiap bulan, kakitangan DOSM Penang akan melawat tempat kediaman yang terpilih bagi menemuramah responden untuk mendapatkan maklumat. Kerjasama anda dalam menjayakan survei ini adalah amat diperlukan.
jom like fb DOSM Penang





Tuesday, 7 March 2017

Pengenalan dan Konsep Utama Banci

Bagi tujuan Banci / Survey, beberapa konsep digunakan dan perlu difahami dengan jelas.

1. BLOK PENGHITUNGAN
2. TEMPAT KEDIAMAN
3. ISI RUMAH

1. BLOK PENGHITUNGAN ( BP )
BP adalah satu kawasan di atas muka bumi yang diwujudkan dan biasanya mempunyai sempadan-sempadan tertentu.  Secara puratanya satu BP mempunyai bilangan tempat kediaman (TK) dalam lingkungan 80 hingga 120 TK.

Sempadan-sempadan tertentu adalah seperti :-

  a)  Sempadan Fizikal;
Boleh dilihat dan mudah dikenali di muka bumi.  Ia termasuk sempadan semulajadi seperti sungai,pantai,bukit dan tasik  dan sempadan buatan manusia seperti jalanraya, landasan keretapi , parit, talian elektrik dan lain2.

  b)  Sempadan Pentadbiran;
Sempadan yang diwujudkan untuk tujuan pentadbiran dan telah diwartakan.  Sempadan Pentadbiran termasuk sempadan Negeri, Daerah, Mukim, Bandaraya, Majlis Daerah, dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Sempadan ini kadang-kadang sukar ditentukan di permukaan bumi kerana sebahagian sempadannya mengikut sempadan fizikal dan yang lainnya mengikut sempadan lot tanah.