Takrif isi rumah mengikut kumpulan pendapatan yang diguna pakai di Malaysia terbahagi kepada tiga iaitu kumpulan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi , pertengahan 40% dan terendah 40% .
Berdasarkan kepada Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2014, kumpulan tersebut ditakrifkan seperti berikut ;
a) Kumpulan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi (T20) merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan purata bulanan RM8,319.00 dan ke atas.
b) Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% pertengahan (M40) merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan purata bulanan di antara RM3,860.00 hingga RM8,319.00
c) Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan purata bulanan di bawah RM3,860.00. Kumpulan isi rumah B40 juga merangkumi isi rumah miskin yang berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK). Nilai PGK nasional adalah RM950.00 sebulan.
*PPPIR 2014
Terima kasih penjelasan. Berguna untuk pengetahuan.
ReplyDelete[Cuma di dalam alamat link tertulis T40 sepatutnya T20 :-]
terima kasih di atas keperihatinan anda..semoga bermanfaat
DeleteJumlah pendapatan isi rumah ni diambilkira dari pendapatan bersih atau kasar ye cthnya jika isi rumah bergaji 8000 tetapi tolak epf/ socso menjadi 7000
ReplyDeletePendapatan kasar
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete2014 ni statistik ni... skrg 2018... yg lingkungam T20 bukan lagi 20% yertinggi. Rasanya dah lebih dah % tu... mungkin perlu dikaji semula... samada % tu atau lingkungan jumlah pndapatan sbln tu...
ReplyDeletenp mesti dikira gaji kasar?Skrg Ni bantuan Sara hidup byk diberi pd yg x layak n penipu..
ReplyDeleteAzhan: kenapa dipecahkan kpd 40 40 20?
ReplyDeleteKlu brg naik harga masih samakah konsep ni? Biasanya brg akan naik klu harga minyak naik. Tp gaji x naik2.
ReplyDelete