jom like facebook DOSM Penang

Friday, 26 September 2014

Maklumat Korporat Jabatan Perangkaan Malaysia

Latar Belakang
Jabatan Perangkaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1949 di bawah peruntukan Ordinan Statistik 1949 dan dikenali sebagai Biro Statistik. Perangkaan yang dihasilkan pada masa itu terhad hanya kepada data perdagangan luar negeri dan pertanian ladang.
Pada tahun 1965, Biro Statistik telah bertukar nama kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan beroperasi di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965. Fungsi dan peranan Jabatan seterusnya telah berkembang di mana data/maklumat yang dikumpul semakin meluas merangkumi bidang ekonomi dan juga sosial.
Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi utama kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang diamanah dan dipertanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara.
Jabatan Perangkaan Malaysia yang beribu pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya juga mempunyai pejabat di setiap negeri. Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengumpulan data oleh Jabatan Perangkaan Negeri, Pejabat-pejabat Operasi di beberapa buah negeri telah diwujudkan.
Peranan
Sebagai agensi utama dalam bidang perangkaan ke arah sistem maklumat yang bermutu, berorientasikan pengguna dan bertepatan masa, untuk pembentukan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
Fungsi Jabatan
Di bawah "Statistics Act 1965 (Revised - 1989)", fungsi utama Jabatan Perangkaan Malaysia ialah :
  • mengumpul dan mentafsirkan perangkaan bagi tujuan pembentukan atau pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dalam apa juga bidang yang diperlukan oleh kerajaan atau bagi memenuhi keperluan-keperluan perdagangan, perniagaan, perindustrian, pertanian atau lain-lain
  • menyebar perangkaan yang telah dikumpul atau tafsiran yang dibuat atas perangkaan yang dikumpul itu, bukan sahaja kepada agensi-agensi kerajaan, tetapi juga kepada pihak-pihak berkuasa atau orang-orang yang mana maklumat itu berguna untuk mereka

Visi
Menjadi Sebuah Organisasi Statistik Yang Terbilang Di Dunia Menjelang 2020.
Misi
Penjana Statistik Negara yang Berintegriti dan Reliable
Objektif
  • Mengukuh dan meningkatkan perkhidmatan statistik serta sistem penyampaian;
  • Memenuhi keperluan pengguna dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar;
  • Meningkatkan keupayaan penyelidikan dan analisis data;
  • Menggunakan metodologi statistik dan teknologi yang terbaik secara maksimum;
  • Memupuk budaya inovasi dalam penghasilan dan penyampaian produk dan perkhidmatan perangkaan;
  • Mempunyai sumber manusia yang kompeten dengan tahap profesionalisme yang tinggi; dan
  • Memperluaskan penggunaan statistik di kalangan pengguna.
Nilai Teras
Dalam merealisasikan visi, misi dan objektif JP, semua anggota JP perlu menghayati dan mengamalkan nilai-nilai teras seperti berikut:
(i)  Kepuasan Pelanggan
Memberikan layanan yang mesra dan profesional kepada pengguna perangkaan. Sentiasa peka dan prihatin kepada keperluan pelanggan dalam persekitaran yang dinamik.
(ii) Profesionalisme
Mengamalkan profesionalisme dalam melaksanakan tugas dengan mempunyai komitmen yang tinggi, bertanggungjawab dan gigih, memiliki ciri-ciri bijaksana, kreatif, inovatif, berdaya saing dan proaktif serta bertindak berdasarkan amalan statistik terbaik.
(iii) Kompeten
Mengutamakan kompetensi dengan sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk mencapaikualiti kerja terbaik, mempelajari pelbagai kemahiran bagi membuat pelbagai tugas, peka terhadap perubahan semasa, berdisiplin, kerohanian dan berdedikasi terhadap kerja serta pembelajaran berterusan.
(iv) Integriti dan Akauntabiliti
Melaksanakan tugas dengan penuh amanah, ikhlas dan jujur mengikut peraturan dan prosedur kerja tanpa kepentingan peribadi, memastikan kerahsiaan maklumat individu responden dan bertanggungjawab terhadap tugas yang dilaksanakan.

(v) Semangat Berpasukan
Bertindak ke arah merealisasikan visi, misi dan objektif Jabatan dengan penglibatan semua anggota sebagai satu pasukan.
(vi) Berhemah dan Berwibawa
Mempamerkan sifat-sifat terpuji seperti adil dan saksama, bertimbang rasa, mesra, sabar, tegas dan konsisten dalam membuat keputusan, dapat menyesuaikan diri dalam semua situasi, bersedia mendengar pandangan dan teguran, dan sentiasa berketerampilan dan berbudi bahasa.
Piagam Pelanggan
 Kami komited untuk menyedia dan membekal maklumat perangkaan yang berkualiti, berorientasi pengguna dan bertepatan masa berdasarkan keperluan:
1.
Special Data Dissemination Standard (SDDS) .
2.
Data yang diterbitkan disediakan dalam tempoh satu hingga dua hari bekerja.
3.
Data yang tidak diterbitkan:
a.Data yang dipetik (extract) dari penjadualan komputer yang tersedia, disediakan dalam tempoh tiga hingga lima hari bekerja.
b.Data yang memerlukan pengiraan, penyusunan dan prosesan tambahan disediakan dalam tempoh dua hingga 10 hari bekerja.
4.
Pengguna di kaunter akan dilayan dalam tempoh 10 minit daripada masa ketibaan.
5.
Aduan yang diterima melalui surat/ e-mel/ faks/ telefon akan diambil tindakan dalam masa tujuh hari bekerja.
Dasar Kualiti
Jabatan Perangkaan Malaysia komited untuk membekalkan maklumat dan perkhidmatan statistik yang berorientasikan pengguna, bertepatan masa dan berkualiti. Ia dicapai melalui penggunaan teknik statistik dan teknologi yang terkini dan sesuai serta melalui peningkatan pengetahuan dan kemahiran anggota Jabatan di pelbagai peringkat secara berterusan.

Penerangan Logo Jabatan Perangkaan Malaysia
Secara keseluruhan, logo ini membawa maksud hala tuju Jabatan untuk menjadi sebuah organisasi statistik yang terbilang di dunia.
  • Bulatan - menggambarkan kesepakatan anggota Jabatan dalam mencapai visi dan misi.
  • Garisan grid putih - menunjukkan jaringan hubungan kerjasama yang global.
  • Anak panah – menunjukkan perkembangan pesat Jabatan sejak penubuhannya. Ia turut menggambarkan peranan Jabatan serta kualiti data yang semakin meningkat seiring dengan kehendak pengguna.
  • Warna merah - menggambarkan ketegasan Jabatan dalam menjaga kerahsiaan maklumat responden.
  • Warna jingga (oren) - Energetic, bersemangat dalam menjalankan tugas. Berani menyahut cabaran untuk setanding dengan Agensi Perangkaan lain di dunia.




18 comments:

  1. Salam tuan, saya akan ditemuduga sebagai PTM di jab perangkaan minggu depan. Mohon sedikit pencerahan skop kerja Dan tips jika tuan tak keberatan. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Salam tuan, saya akan ditemuduga sebagai PTM di jab perangkaan minggu depan. Mohon sedikit pencerahan skop kerja Dan tips jika tuan tak keberatan. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. SALAM TUAN SAYA DAPAT INTVW PEMBNTU PRGKAAN
    BOLEH TUAN BAGI TIPS UNTUK SAYA BUAT RUJUKAN ..

    ReplyDelete
  4. SALAM TUAN SAYA AKAN DITEMUDUGA MINGGU DEPAN SEBABAGAI PEMBANTU PERANGKAAN..
    BOLEH TAK TUAN BAGI TIPS UNTUK SAYA BUAT RUJUKAN ..

    ReplyDelete
  5. SALAM TUAN SAYA AKAN DITEMUDUGA MINGGU DEPAN SEBABAGAI PEMBANTU PERANGKAAN..
    BOLEH TAK TUAN BAGI TIPS UNTUK SAYA BUAT RUJUKAN ..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum tuan.. Persediaan apa yang harus saya lakukan untuk menghadapi temuduga jawatan E19 Pembantu Perangkaan pada 10 November ini.. Sekiranya tiada keberatan, mohon tuan bagi tips untuk saya bersedia pada hari berkenaan.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum tuan..bolehkah saya bertanya tentang contoh2 soalan wajib yang akan dikemukan oleh penemu duga semasa temuduga nanti?

    ReplyDelete
  9. Pembantu pegawai perangkaan tugasnya apa ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lewat balas, sibuk dgn banci ekonomi.
      dah kena interview ke?

      tugas pembantu perangkaan. banyak kerja luar, jumpa responden utk dptkan maklumat berkaitan.
      isi rumah..maklumat isi rumah,pekerjaan, umur, tempat tinggal dll
      ekonomi..maklumat perniagaan, produk dyg dikeluarkan, perbelanjaan..
      bergantung pada survey atau penyiasatan yg dijalankan sama ada bulanan,.suku tahun atau tahunan

      Delete
  10. Alhamdulillah settle Dah iv. Tungu result keluar ..harap2 la Dapat

    ReplyDelete
  11. sape ada interview pembantu perangkaan aritu? ada pape result x? buat group jom.. whatsap sy di 0194303031

    ReplyDelete
  12. kepada yg berjaya; tahniah diucapkan
    yg tidak berjaya boleh cuba lagi..peluang masih ada.

    ReplyDelete
  13. Saya dipanggil temuduga pembantu perangkaan 27 februari ni. First time nak kena temuduga ni. Doakan saya semoga semuanya berjalan dengan lancar :)

    ReplyDelete
  14. kepada yang berjaya dalam temuduga pembantu perangkaan tahniah diucapkan.. kepada calon simpanan meh la joint group ktorg.. letak no telefon korang nnt ak add dalam group..atau pm tepi di 019-4303031

    ReplyDelete
  15. Skrng interview .. aga2x soalan apa drng mnta ya semasa interview?

    ReplyDelete
  16. Asalamualaikum saya nak Tanya agak2 soalan ape yg diberi semasa temuduga .. sebab saya dapat panggilan temuduga sebagai pembantu perangkaan 5/5/2019 .sila tolong saya 0177404049

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum tuan.. Persediaan apa yang harus saya lakukan untuk menghadapi temuduga jawatan E19 Pembantu Perangkaan akan datang.. Sekiranya tiada keberatan, mohon tuan bagi tips contoh soalan temuduga untuk saya bersedia pada hari berkenaan.

    ReplyDelete