jom like facebook DOSM Penang

Saturday, 10 November 2018

Fadhilat ayat 128-129 Surah At Taubah

Masyallah saya tidak tahu. Betul-betul saya tidak tahu. Umur saya telah hampir separuh abad namun baru sekarang baru saya tahu tentang kelebihan ayat-ayat 128-129 di dalam Surah At-Taubah.

Inilah rezeki yang Allah SWT beri kepada saya di saat-saat saya sunyi sendiri menghadapi kesukaran dan pancaroba hidup ini. Inilah buktiNya Dia masih bersama saya kerana di masa begini tiba-tiba saya terjumpa dan terbaca dengan tidak sengaja tentang kelebihannya.

Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi maklumat ini dengan seberapa ramai yang boleh.

Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah

– jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.

– jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.

– jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.

– jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.

– jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.

– jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.

– jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

Untuk dipermudahkan hafazan:

Ayat 128
“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”

Ayat 129
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”

Maksud ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Maksud ayat 129
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

Jadi kepada semua saudara-saudara ku yang sedang membaca, yang secara tidak sengaja terbaca akan tulisan saya di sini. Mungkin itu pun dengan kehendak Allah SWT juga. Amalkanlah. Tidak akan rugi apa pun malah dengan izinNya mungkin saudara dapat keluar dari apa sahaja permasalahan yang saudara hadapi. Ataupun mungkin apa yang dihajati akan ditunaikan olehNya.
Wallahhua’lam bissawab


islamituindah.com.my

Saturday, 24 February 2018

Gerak Kerja Seksyen Operasi

Operasi kerja luar Survei Tenaga Buruh/Gaji Dan Upah/Migrasi 2018 oleh kakitangan Seksyen Isi Rumah Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Pulau Pinang (DOSM Penang). Tujuan utama survei ini adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan struktur dan taburan tenaga buruh, guna tenaga, pengangguran, gaji & upah serta migrasi penduduk.
Statistik yang dihasilkan daripada survei ini akan digunakan sebagai input dalam membuat dasar dan perancangan pembangunan negara. Setiap bulan, kakitangan DOSM Penang akan melawat tempat kediaman yang terpilih bagi menemuramah responden untuk mendapatkan maklumat. Kerjasama anda dalam menjayakan survei ini adalah amat diperlukan.
jom like fb DOSM Penang





Monday, 27 November 2017

Pegawai Perangkaan Tidak Berputus Asa


Pekerjaan ini selalunya disalahfaham. Adakala dianggap sebagai wartawan, mengapa tanya begitu banyak soalan. Adakala ialah pekerja TNB, datang check meter ya, dekat sana. Adakala ialah pegawai LHDN, maklumat gaji saya adalah sulit dan tidak boleh diberitahu. Adakala ialah polis, apakah kesalahan saya sehingga siasat latar belakang saya. Lebih-lebih lagi dianggap sebagai busybody, saya beli tuala wanita dan pakaian dalam kamu nak ambil tahu juga?

Disebabkan demikian, mereka perlu menyediakan 'strategi' mengikut perbezaan responden. Bagi yang tidak buka pintu, gunalah taknik pujuk dan cakap lembut. Bagi yang kerja sampai waktu malam, boleh sesuaikan masa hingga membuat lawatan dekat waktu tengah malam. Bagi yang mudah marah, letakkan soalan yang sensitif di terakhir. Jika dia marah, sekurang-kurangnya soalan lain telah dapat jawapan.

Mereka adalah pembantu perangkaan dari Jabatan Perangkaan. Di belakang tugasnya adalah satu misi yang besar: menjalankan pelbagai penyiasatan atau bancian dan mengumpulkan data. Data tersebut berfungsi sebagai basis kepada polisi negara. Contoh jikalau data menunjukkan penuaan populasi, kerajaan perlu menitikberat dari segi kemudahan kesihatan dan penjagaan. Jika data menunjukkan kawasan A jauh dari sekolah rendah yang terdekat, kerajaan bolehlah merancangkan pembinaan sekolah.

Untuk memastikan ketepatan data, pembantu perangkaan mesti melengkapkan tugas selepas dihantar untuk menemuramah isi rumah tertentu walaupun menghadapi dengan keengganan untuk membuka pintu atau kemarahan daripada responden. Di bancian penduduk dan perumahan yang dijalankan setiap 10 tahun, mereka kena menemuramah kesemua warga dalam negara termasuk askar dari battalion, orang asli dari hutan, banduan dari penjara malah gelandangan di bawah jambatan, tiada satu pun yang ditinggalkan.

---
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak mempunyai 6 seksyen: rangka dan pemetaan; penyiasatan harga; penyiasatan pembuatan, pembinaan, alam sekitar dan pertanian; penyiasatan perkhidmatan dan kewangan; penyiasatan isirumah; prosesan dan analisis.

Seksyen rangka dan pemetaan bertanggungjawab menyediakan peta dan rangka bagi penyiasatan isirumah, membahagikan rumah-rumah kepada setiap blok perhitungan yang mempunyai 80 hingga 120 buah rumah dan membekalkan maklumat basis seperti alamat dan bilangan isirumah. Peta dan senarai ini merupakan panduan kepada pembantu perangkaan yang turun padang.

Keempat-empat seksyen penyiasatan menjalankan penyiasatan mengikut bidang masing-masing. Contoh penyiasatan pertubuhan dijalankan menggunakan senarai perniagaan yang diperoleh dari SSM atau pihak berkuasa tempatan. Manakala seksyen prosesan dan analisis bertanggungjawab memorises seterusnya menganalisis data yang dikumpulkan.

Kerja mengumpul data ada dua jenis. Satu adalah penyiasatan sampel seperti penyiasatan perbelanjaan dan pendapatan isirumah, pungutan harga pengguna dan lain-lain. Satu adalah banci iaitu banci penduduk dan perumahan yang dijalankan setiap 10 tahun dan banci pertubuhan yang dijalankan setiap 5 tahun.

Banci melibatkan semua orang dan perniagaan. Soalannya lebih berbagai-bagai dan merangkumi soalan temuramah dan soalan pemerhatian. Jumlah soalan boleh sampai 80 hingga 100. Hanya temuramah sahaja boleh makan masa sehingga satu jam dan masih belum kira masa memujuk responden supaya sudi menerima temuramah atau masa responden bersembang.

Soalan penyiasatan lebih menyasarkan tapi kadangkala lebih mencabarkan. Contohnya penyiasatan perbelanjaan isirumah memerlukan senarai perbelanjaan setiap keluarga dalam tempoh satu bulan. Pembantu perangkaan akan membuat lawatan selang hari iaitu kira-kira 15 kali dalam sebulan dan merekodkan perbelanjaan setiap hari. Perbelanjaan terutamanya makanan memerlukan rekod yang terperinci sehingga apa jenis ikan atau sayur-sayuran yang dibeli juga kena dicatat. 

Walaupun setiap data yang dikumpul ini kelihatan remeh tapi memainkan peranan yang besar setelah dijumlahkan. Ada ketika di mana penyiasatan mendapati Hulu perak mempunyai kadar kemiskinan yang tertinggi dalam negeri. Setelah data ini dikemukakan, kerajaan mengambil tindakan membantu golongan miskin di kawasan tersebut. Penyiasatan yang dijalankan selepas itu mendapati berlaku pengurangan penduduk miskin di Kawasan tersebut.

Inilah salah satu fungsi data. Ia boleh menyumbang kepada negara, masyarakat, keluarga dan juga individu. Tetapi ramai yang berasa pembantu perangkaan sering menyibukkan hal orang lain dan mengganggukan padahal tidak menampak kepentingan data tersebut di sebaliknya.

---
Setiap kali turun padang, pembantu perangkaan akan menghadapi reaksi responden yang berbagai-bagai tetapi mereka tetap perlu melengkapkan tugas. Jika bertemu responden yang panas baran hanya boleh menggunakan cara yang berlainan dan berusaha memujuk sehingga sesetengah pembantu bergurau: kadangkala merasakan sendiri seperti minta sedekah bagi tujuan mendapatkan data untuk kegunaan umum.

Cabaran mereka bermula di luar rumah responden untuk memujuk responden supaya memberi mereka masuk. Ada yang khuatir ini merupakan penyamaran penyamun dan berpura-pura tiada orang dalam rumah. Ada yang menggunakan alasan sedang sibuk. Ada yang kerja di malam dan tidur di pagi, datang beberapa kali pun tidak dapat menjalankan kerja.

Bagi mengatasi, pembantu perangkaan perlu menggunakan skill yang berlainan seperti menunjukkan kad identiti dan memakai vest jabatan serta memberi nombor telefon jabatan untuk mengenalpasti identitinya. Bagi yang tidak buka pintu, kadangkala kena tunggu sampai responden keluar.

Berjaya masuk ke rumah, datanglah cabaran kedua. Berpuluh-puluh soalan yang perlu temuramah kemungkinan akan menyebabkan banyak responden hilang sabar. Terutama soalan yang personal dan sensitif lagi meningkatkan kemarahan responden dan enggan bagi kerjasama.

Walaupun responden sudi menjawab, pembantu perangkaan perlu menilai ketepatan jawapan tersebut. Dalam sesetengah kes, figure pendapatan yang diberi responden tidak menunjukkan keadaan sebenar yang sepadan dengan keadaan rumah. Pembantu perangkaan kena banyak bertanya dan dapat maklumat yang paling tepat. Selepas balik ke pejabat, pegawai lain akan meneliti data tersebut sekali lagi dan membandingkan dengan data sebelum ini.

Oleh itu, kerja ini perlu pandai memerhati mood responden, bertindak balas dengan cepat, pandai menghadapi situasi yang berubah dan juga boleh bertahan dengan kepenatan menemuramah berpuluh-puluh atau beratus-ratus orang dalam sebulan dengan soalan yang sama.

Mujurlah masih ada cara lain untuk menjalankan banci termasuk e-CENSUS, CATI dan DOPU. Pembantu perangkaan juga akan meminta bantuan daripada pemimpin komuniti untuk menjelaskan kepada penduduk atau mengumpul data.

Banyak warga kota bimbang data yang dibekalkan kepada Jabatan Perangkaan akan diserahkan kepada jabatan lain terutama LHDN. Sebenarnya mengikut seksyen 4 Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989) Jabatan Perangkaan tidak boleh berkongsi data individu dan hanya boleh berkongsi data aggregate.

Adakah apa-apa tindakan akan diambil jika tidak memberi maklumat kepada Jabatan Perangkaan? Mengikut Seksyen 7 Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989) pembantu perangkaan diberi kuasa untuk mengumpul data dan memang ada denda yang boleh dikenakan kepada responden yang enggan bagi maklumat. Tetapi jabatan menggunakan kaedah mesra responden kerana maklumat hanyalah tepat jika dibekalkan secara sukarela.

---
Pembantu perangkaan tidak mempunyai masa kerja yang tetap, asalkan dapat menyelesaikan tugas dalam tempoh yang ditentukan. Ada pembantu perangkaan pernah menemuramah rumah yang diduduki 11 orang pekerja supermarket yang kerja sampai pukul 11 malam. Pegawai tersebut terpaksa mengunjungi rumah pada pukul 11.30 malam, menemuramah setiap orang secara bergilir-gilir dan habis pada pukul 2 pagi.

Juga pernah berlaku penduduk mencurigai identiti sebenar pegawai dan menahannya dalam rumah sehingga pemimpin komuniti datang memberi pengesahan baru lepaskan orang.

Ada responden akan bertanya: Saya bagi maklumat, apa yang boleh saya dapat? Pembantu perangkaan hanya boleh jawab: Inilah sumbangan tuan/puan terhadap negara.

Bagi responden yang marah, pegawai akan sabar dan memujuk selepas responden habis marah. "Kami tidak tahu responden mengalami apa masalah sebelum kami datang tetapi apabila berkomunikasi secara perlahan-lahan, biasanya akan dapat mencapai kesefahaman dan menghabiskan kerja."

Bercakap pasal cabaran yang dihadapi dalam kerja, pembantu perangkaan tergelak pahit. Tetapi seperti kata salah seorang pegawai yang berkerja selama 35 tahun: "Kerja ini memang unik, tak sama langsung dengan jabatan yang lain”

dari Facebook DrUzir Mahidin Ketua Perangkawan Malaysia

Wednesday, 5 July 2017

Setiap amalan bergantung pada niat

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِصلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْهِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍیَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بنإبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيريالنيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة

Maksudnya:

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال
بالنية) 􀁌 باب قوله ) hadis nombor 1908).


Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.

Pokok perbincangan hadis :
1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais

2) Kenapa niat penting :
untuk bezakan ibadat dengan adat.
untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.

3) Hukum melafazkan niat(jahr) - bid’ah mungkarah :
tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil) - fuqaha’ Syafie : sunnat. haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat).

4) Kesan niat baik pada perkara yang harus :
dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya.makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri)jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak).

5) Beberapa Langkah Perkara Harus bertukar menjadi Qurbah:
Tidak boleh jadikan gambaran luaran perkara harus sebagai qurbah. Cth- berdiri di bawah panas matahari …..(hadis nazar seorang lelaki)

Perkara yang mubah sebagai wasilah kepada ibadah.

Mengambil ia sebagai tasyri’ ilahi - yakin bahawa ianya harus/

tidak melampau/ menepati syariat.

Menganggap ianya sebagai juz’ie - tak boleh berpanjangan sehingga membinasakan diri - sprt - tak makan - berdosa.


Antara pengajaran hadis:
Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.

Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya. Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

Wallahhua'lam

petikan dari blog hafezz mohammed http://mindajiwahati.blogspot.my


Wednesday, 12 April 2017

Be Thankful For What You Have

Bersyukur dengan apa yang telah anda dapat.

Maksud B40, M40 dan T20


Takrif isi rumah mengikut kumpulan pendapatan yang diguna pakai di Malaysia terbahagi kepada tiga iaitu kumpulan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi , pertengahan 40%  dan terendah 40% .
Berdasarkan kepada Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2014, kumpulan tersebut ditakrifkan seperti berikut ;

a)   Kumpulan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi (T20) merujuk kepada isi rumah yang                berpendapatan purata bulanan RM8,319.00 dan ke atas.